28 Mei 2011

[J²CP] - Percutian Terkezut (Part 1 : Pengembaraan Bermula)

0 ulasan
info : Aku mintak maaf banyak-banyak la kalau episod kali ini aku tak sempat nak upload ghambo. Cerita jer panjang lebar kali ini. Insyallah nnt aku letak ghambo kat episod seterusnya...
Kali ini aku nak berkongsi cerita dengan korang pasal Percutian Terkezut kami tempoh hari. Kalau mengikutkan perancangan asal, sepatutnya kami dijangka sampai di Kampung (Johol) sekitar jam 10 malam. Tetapi oleh kerana masalah teknikal yang masih belum dapat di sahkan lagi, kira-kira jam 10 malam kami baru memulakan perjalanan. Sudah la kami lewat keluar, kami terpaksa membuat beberapa penyinggahan di beberapa tempat oleh kerana urusan-urusan tertentu. Tujuan utamanya kami balik ke kampung terlebih duhulu malam itu sebenarnya disebabkan kami perlu bertukar kereta dengan abah dulu. Alhamdulillah, kami selamat sampai di kampung sekitar pukul 12 pagi. Perghhhh.... Sungguh nyaman suasana malam ketika itu. Kalau dapat tidur sambil di selubungi selimut ketika itu... Perghhhhh... Memang syukkkkk...

Disebabkan oleh perancangan kami telah tersasar masanya, aku mengambil keputusan untuk tidak tidur malam itu. Pada pengalaman aku yang lepas-lepas, sekiranya aku turut serta dalam acara melelapkan mata secara berjamaah malam itu, pastinya masa perjalanan kami tersasar lagi. Walaupun sebenarnya badan aku amat letih sekali, tapi disebabkan aku telah mengambil keputusan untuk bertolak awal pagi, sanggupku bersengkang mata demi untuk memastikan perjalanan kami mengikut seperti mana yang telah dirancang. Sesungguhnya amat mencabar untuk memastikan badanku boleh kekal segar walaupun tidak cukup tidur dan rehat ketika itu.

Pemanduan dengan keadaan letih dan tidak cukup tidur sebenarnya amat berbahaya sekali. Ia dikuatiri boleh menyebabkan berlakunya kecelakaan jalan raya dan juga boleh meragut nyawa. Sememangnya amat mencabar, aku telah push-to-maximum ketahanan dan tumpuanku. Kesimpulannya, kali ini aku tidak tidur lebih daripada 36 Jam dan aku dalam pemanduan pada jarak ratusan kilometer.

Kira-kira hampir Jam 5 Pagi, aku telah kejutkan CikBedah dan suruh dia bersiap. Perjalanan kami dijangka akan melalui kawasan kesesakan hari bekerja. Untuk mengelakkan dari bertembung dan terperangkap ditengah-tengah kesesakan itu, kami mengambil keputusan untuk melaluinya sebelum kesesakan itu berlaku. Sepanjang perjalanan pergi, boleh dikatakan CikBedah lebih banyak tertidur daripada terjaga. Hanya dengan bertemankan Radio, GPS dan juga angan-angan mat-jeninku, kami teruskan juga perjalanan tanpa memikirkan masa depan.

Aku sepanjang perjalanan, aku telah membuat beberapa pendaratan kecemasan untuk mendapatkan stok rokok, jajan dan juga air tin Tongkat Ali (eh, aku beli lagi ker?). Akhirnya baru aku sedari, rupanya sudah banyak gile aku beli air tin AliCafe nie. Bertongkat la kami sepanjang perjalanan... ahahhahah....

Nota Kaki : Nampaknyer kali nie aku tak sempat nak upload ghambo... tunggu di siaran akan datang ek...

25 Mei 2011

[CT] - Krisis Harga Minyak Negara

0 ulasan


Assalamualaikum...

Saja buat cerita selingan. Cerita Percutian Terkezut tu pon blom habis cerita lagi... Tetibe aku dah buat trip Kembara Jelajah Pantai Timur berkeretapi. Ade sesuatu yang menarik ketika kami berada disana. Isu Harga Minyak Petrol semasa menjadi sesuatu yang sedang hangat diperkatakan disana.

Antara kita sedar atau tidak, Isu Harga Bahan Api hanya akan menjadi isu hangat yang akan diperkatakan setiap kali harga minyak petrol atau bahan api lain dinaikkan. Isu tersebut akan menjadi hangat untuk beberapa ketika dan kemudiannya rakyat akan menerimanya juga hakikat kenaikan harga itu. Ketika tengah hangat itu juga kita akan mendengar pihak itu menemui kaedah itu, pihak ini mengeluarkan produk ini, pihak universiti itu mengkaji bahan itu, pihak ipt ini mencipta ini... Tapi akhirnya, terus hilang cerita-cerita penemuan atau rekaan tersebut.

Persoalan yang timbul dalam diriku ini, KEMANA HILANGNYA hasil-hasil CIPTAAN & REKAAN TEMPATAN yang kononnya dapat membantu rakyat kita untuk menangani isu dan masalah kos bahan api yang kian meningkat ini? Kemana hilangnya kajian yang dibuat oleh UPM & MARDI tentang BioDISEL yang menggunakan Pokok Terap yang diusahakan secara meluas di Hulu Langat? Dimana hilangnya Prof. dari uITM yang cuba memajukan teknologi HydroFuel yang dibawa masuk dari negara barat? Kemana hilangnya BioDiesel yang menggunakan hasil Minyak Sawit? Mengapa perlu disekat penggunaan Basikal Elektrik yang banyak digunakan di Parit Buntar? Kemana menghilangnya syarikat Water Fuel Save (Malaysia) Sdn. Bhd. yang setahu aku telah mendapat dana kira-kira RM 100k daripada kerajaan membuat memajukan teknologi HydroFuel?

Pelbagai perkakasan, peralatan, ubat-ubat untuk enjin dan kereta boleh ditemui dalam pasaran. Peralatan dan perkakasan yang biasa dapat dilihat dipromosi di pasaraya, komplek beli belah malahan di bazar-bazar juga di pasar-pasar malam/pagi. Diantaranya e-Saver (yang hanya menggunakan kapasitor didalamnya), Surbo (meniru konsep seakan-akan Cyclone), Estrak Minyak Zaitun (Meniru konsep X-1R yang dicampurkan dgn minyak setiap kali isi penuh tangki) dan pelbagai lagi produk-produk lain yang menggunakan pelbagai fakta dan sampel.

Ada juga diantara kita yang mempunyai serba sedikit ilmu terhadap perjalanan sistem enjin kereta yang mencuba mengambil inisiatif sendiri untuk mencuba untuk merealisasikan konsep dan teknologi yang telah dibangunkan diluar negara, ada diantaranya yang dilabel gila, professor/engineer xmenjadi, memandai-mandai, juga menjadi bahan gelak dan tomahan oleh rakannya. Dan akhirnya teknologi tersebut tetap terkubur dan terus terkubur begitu saja sebagaimana penciptaan dan rekaan yang dijalankan oleh pihak-pihak IPTA dan IPTS yang lain.

Kita sebagai rakyat adakah kita hanya akan tunggu dan lihat sahaja? Atau lebih teruk dari itu, hanya tahu menyalak bagaikan anjing tersepit? Bila ada pihak-pihak tertentu yang ingin cuba menolong, bantuan tersebut tidak diendahkan malah tetap disorakkannya kembali. Kemajuan dicapai apabila teknologi dapat dikembangkan dan diguna pakai. Sekiranya ia tidak dapat dikembangkan, ia akan luput dan akan terus hilang. Renung-renungkan lah... Ini bukan cerita politik, ini cerita tentang sikap kita...



26 April 2011

[J²CP] - Rancangan Percutian Terkezut

1 ulasan
Setelah sekian lama aku tidak bercerita dalam blog aku ini. Nie kire aku nak try menghangitkan kembali rumah aku nie yang aku rasa sudah lama bersawang. Jadi dipendekkan ceritanya, CikBedah mendapat wahyu yang pada 18 April 2011 nanti dia perlu ke Kelantan untuk menjemput Imah balik dari IPT nya.
Info :


Trip kali ini agak mencabar sikit perjalanan. Untuk perjalanan pergi kami daripada Johol (Negeri Sembilan) terus ke Brincang (Cameron Highland) dan bermalam disana untuk 2 malam. Dan kami meneruskan perjalanan melalui Gua Musang (Kelantan) dan terus ke Kota Bharu (Kelantan) sebagai destinasi akhir kami. Jarak perjalanan pergi kali ini dari Johol ke Kota Bharu dianggarkan sekitar 637km


Untuk perjalanan balik pula, kami mengambil laluan sisir pantai. Dari Kota Bharu, kami singgah di Pengkalan Chepa, terus turun ke Kuala Terengganu, singgah sebentar di Paka, lalu turun melalui pahang dan terus ke Johol, Negeri Sembilan seperti terlakar dalam peta dibawah. Anggaran jarak perjalanan kami adalah sekitar 625km.
Jadi memandangkan kami nie sememangnya sudah hampir 2 tahun kami tidak pergi bercuti kemana-mana, tiba-tiba aku rasa nak membuat perancangan percutian terkezut nie. Jadi aku pon telah merancang perjalanan kami lebih kurang, membuat anggaran perbelanjaan lebih kurang, membuat survey kawasan-kawasan yang kitorg rasa menarik untuk kami lawati so aku pon membentangkan perancangan tersebut kepada CikBedah.

Setelah diamati, dirisik-risik dari teman-teman serta diusha-usha aku membuat keputusan untuk mengambil cuti dari Jumaat sehingga ke hari Selasa dan kami akan menghabiskan masa cuti tersebut 2 malam di Cameron Highland, 1 malam di Kota Bharu dan lagi 1 malam lagi tu dalam perjalanan pulang kami nanti. Totalnya 4 malam semuanya. Perghhh... Pastinya ia merupakan perjalanan yang amat memenatkan!!!

Trip kami kali ini sememangnya amat mencabar sekali. Kami hampir mengelilingi bahagian atas semenanjung dan melalui beberapa negeri di bahagian atas semenanjung malaysia. Diantara negeri yang kami lalui adalah seperti Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Matlamat utama perjalanan kami kali ini hanyalah ingin menjemput Imah (Adik Ipar) aku yang belajar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Tapi macam biasa lah, aku sememangnya tidak mengemari perjalanan yang kosong yang tiada sebab tertentu. Tambah pula perjalanan yang jauh seperti ini. Rugi kalau pergi kosong sahaja. Jadi aku telah menyasarkan perjalanan kami kali ini dengan membuat beberapa perhentian-perhentian terkejut. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan gambar-gambar
pemandangan yang menarik disamping melawati tempat-tempat yang belum kami lawati lagi di dalam malaysia.

Perjalanan ini dijangka mengambil masa lebih kurang 5 hari 4 malam. Dan dijangka jarak keseluruhan yang kami lalui adalah sekitar 1500km iaitu daripada Serdang Perdana, terus ke Johol, dan terus naik ke Cameron Highland melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), dan seterusnya naik ke Kota Bharu melalui Gua Musang dan kemudiannya turun melalui menggunakan laluan persisir pantai sebagai laluan pulang kami.

Nota Kaki : Dalam siri akan datang, aku akan ceritakan perjalanan kami dan insyallah aku akan sertakan sekali dengan gambar-gambar yang aku sempat ambik time perjalanan hari tu. Nantikan siri yang dijangka akan mula terbit dalam tempoh beberapa hari dari sekarang. Sekian...
 
footer