Sana tumbuh BLOG baru, sini buka BLOG baru... Sana orang cerita BLOG, sini orang cerita BLOG. Kerajaan kata menggalak orang buat BLOG, ada pula yang cerita blog yang kene block. Jadi apa cerita blog ini sebenarnya?
AbgNakkal pun mengambil kesempatan yang terluang ini nak cuba berjinak-jinak dalam arena blogging ini. Jadi untuk ruangan pertama ini aku saja hendak cerita mengarut-mengarut pasal BLOG. Bukan disebabkan aku tiada bahan, cuma sebagai sesi pengenalan mungkin sesuai kalau kita bincang-bincangkan perkara yang remeh dan ringan dulu.
Jadi sebelum kita memanjang dan melebar mengarut disini, BLOG itu apa sebenarnya? Kita mungkin sudah biasa dengar perkataan BLOG, malah mungkin kita biasa membaca BLOG. Ada diantara blog yang kita jumpa sangat simple ada juga yang diantaranya yang nampak penuh dan rumit. Ada yang digunakan untuk bercerita, ada juga yang digunakan untuk menyebar fitnah, malah ada juga yang digunakan untuk mencari duit. Apapun tujuan BLOG adakah kita faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan BLOG?
Untuk mudah memahami maksud BLOG, kita cuba google sekejap maksud nya. Menurut salah satu kamus online, BLOG bermaksud sejenis jurnal atas talian yang mana isi kandungannya boleh dikongsikan dengan orang lain. BLOG juga dikenali sebagai "Web Log". Jadi secara asasnya BLOG boleh dianggap seperti sebuah diari yang mana isi kandungannya boleh di kongsikan dan ditontonkan oleh orang lain.
Banyak pembekal perkhidmatan atas talian yang membekalkan perkhidmatan Blog, diantaranya adalah seperti Blogger.com yang dikendalikan oleh google, FotoPages.com, Blog @ Friendster.com dan lain-lain lagi...
Selamat Mencuba
0 ulasan:
Catat Ulasan