Pada penghujung bulan lepas, aku telah merancang untuk pergi bercuti dengan isteriku. Pada awalnya aku merancang untuk membawanya bercuti ke Cameron Highland. Mengikut perancangan awal, kami dijangka akan bertolak dari Kuala Lumpur pada pagi Ahad (1 Mac 2009) dan akan pulang semula pada hari Selasa (3 Mac 2009). Tetapi oleh kerana kami mengalami masalah eko-no-money, kami terpaksa batalkan sahaja percutian 3 hari 2 malam kami itu.
Jadi untuk tidak mensia-siakan hari cuti yang telah isteriku mohon, aku terus mengatur prancangan ke-2 untuk pergi berkelah ke Ulu Yam. Aku merancang dengan teliti dan terus menghubungi rakan-rakan kami. Kononnya hendak memberi kejutan kepadanya. Aku cuma memberi pesanan kepadanya suruh perap ayam, dengan harapan dapat untuk kami buat ayam bakar disana. Selain dari rancangan untuk berkelah sambil makan ayam bakar di Ulu Yam, aku juga telah merancang untuk mengenenkan Shida iaitu rakan karib isteriku dengan Razi sahabat dan juga pengapit ketika majlis kahwinku tempoh hari.
Pada awalnya mereka semuanya telah bersetuju. Tetapi akhirnya seorang demi seorang menarik diri dengan pelbagai alasan. Ada yang memberikan alasan kawannya nak bernikah tengah hari tu, tapi boleh pula petang itu dia telefon minta aku bantu dia bikin keretanya. Ada yang bagi alasan kena kerja. Yang seko lagi bagi alasan kononnya sibuk, bila tanya sebuk kenapa tiada pula alasan. "Biawak punya Shida" itu sahaja yang boleh diperkatakan oleh isteriku.

Bengang punya fasal, aku terus batalkan sahaja rancangan kami untuk pergi berkelah ke Ulu Yam. Aku sambil memikirkan seekor ayam yang telah diperap oleh isteriku semalam, tiba-tiba aku mendapat panggilan dari seorang rakan sekerjaku. "Bro... Aku conferm amek emblem tu dari ngko. Bile agaks² ko bley pergi amek emblem tu dari supplier ngko?"
Adeh... Ni lagi satu masalah. Sudah last minute betul baru nak call. Aku terus mengarah isteriku untuk siapkan beg pakaian. Kami terus mandi dan bersiap. Destinasi kita kali ini Kuantan, Pahang. Sebelum kami berangkat, aku beritahu dia kali ini peruntukan percutianku cuma RM300. Cukup ke RM300 untuk pergi bercuti ke Kuantan?
~ Sila ikuti siri akan datang. Mungkinkah percutian yang tidak dirancang akan menjadi percutian yang menarik. Cukupkah duit sebanyak RM 300 sahaja untuk pergi bercuti? Tunggu...
0 ulasan:
Catat Ulasan