Info : Jarak antara Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang adalah ~271 KM sekiranya mengikut jalan lama. Perjalanan kebiasaannya memakan masa kira-kira 4 jam 30 minit mengikut kepada cara pemanduan.
Mengikut pengiraan aku, sekiranya kami bertolak sekitar Zohor, kami akan tiba di Kuantan sebelum magrib. Seperti yang aku beritahu di bahagian yang lepas, aku beritahu kepada Cik Bedah Laser yang aku merancang untuk membelanjakan sebanyak RM 300 sahaja untuk keseluruhan perjalanan. Seperti biasa, CikBedah cuma berkata "Okeh..."
Sebenarnya ini bukan kes kedekut. Padaku perjalanan ke Kuantan bukanlah asing bagi ku. Aku memang sudah biasa berulang-alik ke kuantan dahulu untuk mendapatkan barang jualan ketika aku berniaga. Setiap kali aku pergi ke kuantan dahulu aku cuma memperuntukkan sebanyak RM 100 sebagai kos pergi balik termasuklah kos minyak kereta, tol dan makan untuk satu malam. Dulu kebiasaannya aku akan tumpang bermalam dirumak kawan sekolej ku dulu. Tapi kali ini aku telah ambil kira kos untuk Check In di Hotel / Chelet. Atas pengalaman kami, adalah baik untuk kami menetapkan peruntukkan sebelum memulakan perjalanan.

Dengan berbekalkan kereta Honda Civic VTEC Turbo Supercharge dan tanpa memikirkan masa depan, kami memulakan perjalanan. Kira-kira pukul 1.30 petang, perjalanan kami bermula. Honda Civic 1.3 milik bapaku ini walaupun kereta lama tapi amat menjimatkan terutamanya untuk perjalanan jauh. Ketika ini aku menganggarkan minyak didalam tangki sekitar RM20. CikBedah bertanya, "Abang tak nak isi minyak ke? Cukup ke minyak ni? Jangan minyak nak abis macam haritu sudahlah" lalu aku membalas dengan selamba dan penuh confident "Sempat lagi ni, takat sampai karak lepas lagi nie".
VTEC Turbo Supercharge hanyalah rekaan dan hayalan semata-mata, tiada kaitan pada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Aku merancang untuk berhenti di Petronas Karak ditengah-tengah hutan rimba. Tempat yang aku rasakan menarik dan selesa untuk berhenti seketika. Disebabkan disana kurang orang dan selesa untuk makan.

Kami sempat merakam kenangan dan bergambar disana. Sempat isteriku membuat aksi memanjat dinding (wall climbing) bagaikan seekor cicak.
Kami singgah untuk makan tengah hari D' Paya Serai. Pelbagai lauk menjadi pilihan. Kami berbelanja untuk makan disana sebanyak RM 23. Makanan disana aku klasifikasikan sebagai agak mahal.
Ada rakan-rakan aku yang berasal dari Pahang mengatakan Petronas yang kami singgah ini adalah milik Siti Nurhaliza.
Kami pun meneruskan lagi perjalanan. Kali ini isteriku pula yang memandu. Kami meranjang untuk melalui jalan lama. Pada awalnya aku agak ragu-ragu juga untuk membenarkan dia memandu. Tapi akhirnya aku akur juga dengan kemahuannya untuk memandu. Nak test skill lah tu..
(Bersambung)

Kami sempat merakam kenangan dan bergambar disana. Sempat isteriku membuat aksi memanjat dinding (wall climbing) bagaikan seekor cicak.Kami singgah untuk makan tengah hari D' Paya Serai. Pelbagai lauk menjadi pilihan. Kami berbelanja untuk makan disana sebanyak RM 23. Makanan disana aku klasifikasikan sebagai agak mahal.
Ada rakan-rakan aku yang berasal dari Pahang mengatakan Petronas yang kami singgah ini adalah milik Siti Nurhaliza.
Kami pun meneruskan lagi perjalanan. Kali ini isteriku pula yang memandu. Kami meranjang untuk melalui jalan lama. Pada awalnya aku agak ragu-ragu juga untuk membenarkan dia memandu. Tapi akhirnya aku akur juga dengan kemahuannya untuk memandu. Nak test skill lah tu..
(Bersambung)
1 ulasan:
wuahhhh si bedah buat apakah itu!!!!
horny aku tgk
abg nakkal jg pidah silala jawab tag cik ely !!!!
kalo x kene hempuk kang
=D
Catat Ulasan