27 Mac 2009

[J²CP] - Trip ke Kuantan (Bahagian 5 - Pagi yang gelap)

Aku telah merancang pelbagai aktiviti yang hendak aku lakukan hari itu. Hujan yang agak lebat disebelah paginya telah melemahkan semangatku untuk bangun. Berselimut dan berselubung lagi aku pagi itu. Isteriku telah bangun pagi itu, tapi dia sememangnya pantang tengok aku tidur akhirnya dia pun sama berlengkar bersamaku.

Hujan akhirnya berhenti sekitar jam 10 pagi. Kami sambil duduk luar chelet, merancang dan berbincang agenda hari ini. Akhirnya disebabkan perut dah sudah berkeroncong aku mengajaknya untuk mencari kedai untuk membeli sarapan. Aku pada mulanya hendak makan dikedai sahaja, tapi isteriku mengajak bungkus bawa balik ke chelet sahaja. Aku bukan apa, cuma aku fikirkan macam susah hendak makan di chelet. Kami bukan ada pinggan atau mangkuk untuk letak makanan.

Sambil kami pusing-pusing mencari juadah sarapan, sempat kami lalu di pantai balok. Terdapat kawasan jeti nelayan disana. Tapi ketika kami sampai, tiada pula bot nelayan berlabuh. Isteriku ketika kami melalui kawasan terebut begitu bersemangat untuk mencari ikan segar. Tapi disebabkan jauh lagi perjalanan kami, terpaksa dia membatalkan sahaja niatnya itu.

Sesudah puas kami meneroka setiap lorong di Balok, akhirnya kami terjumpa sebuah gerai yang menjual makanan untuk sarapan. "Laaa... nie dah dekat dengan chelet kite dok tu kan? Punye la jauh pusing, dekat sini je pun kedai. Adeh... " Bising ku sambil memberhentikan kereta. Ketika membeli makanan, aku cuma membeli kueh-kueh sahaja kerana fikirku senang untuk aku makan. Harga kueh mueh disana lebih kurang harga di KL cuma yang bezanya dari segi saiz dan rasanya. Di sana kueh masih mempunyai rasa asli disamping saiznya yang agak besar sikit dari sini.

Kami pun teruskan perjalanan ke Chelet kami untuk melantak segala makanan-makanan yang telah dibeli.

1 ulasan:

BEd-Ah.... berkata...

- bile nk habis trip ni..pendek je cite..cte r pjg2..buhsan r.....
(dgn muke keji..)

Catat Ulasan

 
footer