Malam itu agak membosankan. Tidak banyak aktiviti yang dapat kami buat pada malam itu. Kerana perut yang sudah mula berkeroncong, aku mengajak Cik Bedah untuk pergi jalan-jalan di bandar Kuantan sambil mencari makan. Sambil memandu aku terfikir nak tunjuk kepada isteriku Teluk Cempedak diwaktu malam. Sambil lalu sempat untuk ku menunjuk kepadanya Istana Hinggap Sultan Pahang di pintu masuk ke Teluk Cempedak.Sambil memandu lalu di Teluk Cempedak, aku terpandang KFC... Macam menarik saja layan KFC malam ini. Teluk Cempedak malam itu agak sibuk dan banyak kereta. Aku sememangnya sangat sensetif terhadap kawasan yang jem dan sesak ramai orang. Sambil memandu kearah parking sekali terpandang yang parking di situ rupanya berbayar. Ini lagi satu aku pantang. Aku memang tidak gemar membayar parking. Masalah Problem betul TC sekarang ni. Sambil membebel aku terus pandu keluar dari kawasan Teluk Cempedak atau biasanya org di sana menyebutnya dengan panggilan TC.
Kebiasanannya gerai berhampiran Hotel Vistana antara pilihanku untuk makan malam. Tapi malam itu, aku boleh terlepas simpang. Adeh... Hayal entah kemana lah aku ketika itu. Aku terus memandu kearah Mega Mall, tapi aku sendiri pun tidak pasti kemana arah tujuaan kami kali itu. Aku terasa macam nak makan KFC, tapi aku sudah terlupa dimana letaknya restoren KFC di Kuantan. Aku pusing, akhirnya kami tiba di simpang 4 yang menghala ke Telok Cempedak kembali. Setelah puas dipujuk oleh Cik Bedah, akhirnya aku bersetuju juga untuk makan di TC.Sesungguhnya hanya isteri ku sahaja yang memahami perangaiku yang pemarah dan mudah hilang sabar. Setiba nya kami di TC, isteri ku sambung memujuk ku untuk meletakkan kereta di tempat parking berbayar tadi. Dia memujukku supaya aku tidak marah-marah pula untuk mencari ruang parking. Sambut nya lagi "Xpe la abang, sayang bayar parking"
Kami pun mula melantak KFC dengan rakusnya sambil ditiup angin malam dan kedengaran desiran ombak pantai yang kesayup-sayup. Hampir setengah jam juga kami menikmati makan malam di restoran KFC, kami pun memulakan langkah seterusnya. "Bercanda di pasiran pantai"... heheheh...
Zaman-zaman kami bercinta dulu, aku memang tak berapa gemar nak membawa dia berasmaradana di tempat-tempat yang mencurigakan sebegini. Berjalan ber'dua-dua'an dan kadang ber'tiga-tiga'an (dengan sahabat karib kite, setan) di pantai tengah-tengah malam memang aku tidak berapa suka. Bukan nak tunjuk baik, tapi nak buat isteri kene jaga ketika tu. Ketika itu abah (bapak mertua aku) belum lagi bersalam (bagi 'lesen' yang sah) kepada aku nak bawa anak dia kemana pergi.Tapi sekarang apa ada hal? Jadi memandangkan kami sudah memiliki lesen besar sekarang, kami pun dengan berlagaknya bercintan-cintun berdua-duaan di tepian pantai. Dengan pelbagai gaya kami beramas-mesra di tepian pantai. heheheheh...
(bersambung)