15 April 2009

[Review] - Menuntut Ilmu Terapung di Udara

Setelah sekian lama aku membiarkan sahaja cerita ku tergantung, tiba-tiba terdetik hatiku hari ini untuk menyambung cerita ku lagi. Tapi untuk kali ini, off topic bukan cerita tentang jalan-jalan cari pasal, bukan juga cerita tentang dia.

Sebenarnya aku baru terjebak dengan satu penyakit misteri. Penyakit yang membawa amat menyakitkan ku dan juga poketku. Penyakit yang membawa ku berhayal dan terbang lebih jauh. Bagaikan orang bercinta, siang malam asyik mengadapnya tanpa busan. Bak kata pepatah, siang terbayang malam termimpi. Terlalu sukar untuk aku nak gambarkan perasaan ku itu.

Sebenarnya aku baru terjebak dengan area permainan kawalan jauh. Lebih spesifik aku kini sedang berlatih untuk menjadi pilot helikopter elektrik yang diberi nama Belt-CP keluaran syarikat eSKY. Mungkin jenama itu biasa didengar atau mungkin juga sambil lalu-lalu di kedai hobi kawalan jauh pernah terpandang Heli tersebut. Hobi RC sebenarnya bukanlah baru untuk aku minati. Aku memang telah lama berangan untuk memiliki RC aku sendiri terutamanya Helikopter. Tetapi disebabkan faktor kewangan, aku terpaksa tunda dulu niatku ini sementara. Kebetulan aku mendapat tawaran yang sangat luarbiasa, akhirnya isteriku terpaksa akur dengan permintaan ku ini.

Tapi sebelum aku cerita panjang lebar tentang hobi aku ini, aku akan sambung dulu cerita tentang kuantan dan lawatan aku ke Muzium TUDM. Tunggu di dalam posting akan datang...

2 ulasan:

nenekrock berkata...

http://nenekrock.blogspot.com/2009/04/janji-aku-pada-kakak2-abang2-blogger-ku.html

ekkkhemmmmm hemmmmm sila amik award yer bedah
ekehhhh tok laki bedah

wahhh honda civic ada
heli bmw pun ada
giler kaya!!!

bedebah berkata...

perrgggghhhh
kena tgu lagi..
ponek r beta nk tgu tgu nih...
copek r...habis kan segala cerita ni

Catat Ulasan

 
footer