Setelah penat kita bercerita tentang sesuatu isu yang agak berat dan meletihkan, kini tiba masanya kita rehat-rehatkan minda dan tenangkan fikiran dengan Cerita Tepi sebagai selingan rancangan kita ini.Tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang dalam pertandingan Ratu Cantik. Istimewa kali ini, untuk pusingan ini bahagian yang dipertandingkan adalah bahagian buahnya. Lebih besar buah nya, lebih cantik bentuknya dialah pemenangnya. Tetapi kita hanya akan membandingkannya dengan buah-buahan tempatan sahaja.
Tempat ketiga dimenangi oleh.... Puan Seha... Puan Seha telah mengendong kemana sahaja dia pergi dua biji buah betik yang sedang masak ranum. Boleh Puan cerita apa rahsianya?
Tempat kedua pula telah membawa dua biji buah tembikai kemana sahaja dia pergi walaupun ke bilik air. Sungguh besar dan berat ya puan. Boleh Puan ceritakan bagaimana susahnya dan beratnya membawa dua biji buah tembikai. Ketika menaiki bas mungkin...
Dan yang ditunggu-tunggu... Yang sangat mendebarkan dan menggemparkan. Tempat pertama disandang oleh... Puan Yani...... Puan Yani telah membuktikan bahawa tiada yang lebih hebat daripada dua biji buah Manggis yang dimilikinya. Boleh ceritakan sedikit bagaimana puan menjaganya. Oh, untuk pengetahuan penonton, buah manggis itu baru puting nya...
0 ulasan:
Catat Ulasan