Antara hobi yang aku pernah cuba lakukan tapi tidak menjadi ialah PaperCraft Model. PaperCraft Model adalah satu seni menghasilkan model tertentu menggunakan kertas yang telah di cetak diatasnya. Menggunakan teknik potong dan tampal. Hobi ini lebih sukar daripada hobi origami yang menggunakan teknik lipatan kertas. Tahap kesukaran hobi ini diukur dengan tahap detailing yang diberi skala dari 1 - 10. Hobi ini adalah sebahagian daripada hobi modelling yang lain yang memerlukan ketelitian yang tinggi ketika proses pemotongan kertas sehinggalah proses melekat dan menampal kertas tersebut ke badan model. PaperCraft Model juga diukur menggunakan skala saiz asal sebagaimana hobi model-model yang lain.
Aku hanya memerlukan masa seminggu sahaja untuk bosan terhadap hobi baru aku ini. Akhirnya kerja-kerja itu terbengkalai sehingga kini. Tapi pencarian aku tidak berakhir disitu. Aku seakan-akan terpegun dan tertawan dengan satu dunia baru iaitu Helikopter Kawalan Jauh. Sememangnya dari dulu lagi meminati Helikopter Kawalan jauh atau lebih dikenali RC Heli. Tapi kos permulaan untuk hobi ini amat tinggi, dianggarkan sekitar RM 1000 untuk helikopter hobi yang berkuasa bateri. Bukan mudah untuk aku menyediakan RM 1000 untuk membeli sebuah helikopter kawalan ini. Terlalu banyak yang perlu aku fikirkan sebelum aku boleh membelinya.
Aku seperti biasa sebelum membeli sesuatu benda, aku akan melakukan kerjarumah ku dahulu. Aku sambil selak-selak iklan, tinjau-tinjau di Kedai Hobi (atau lebih dikenali oleh penggemar hobi ini sebagai Local Hobby Shop), cari di forum, di lelong, di mudah.com.my tapi menghampakan. Harga RC Heli yang aku cari sekitar RM 650 sehingga RM800 untuk baru dan sekitar RM 450 hingga RM 550 untuk second hand. Hampa lagi...
Aku hinggakan putus harapan untuk memiliki sebuah RC Heli. Untuk pengetahuan, RC Heli yang aku cari adalah dari jenis Belt-CP keluaran TWF eSky buatan China. Belt-CP merupakan RC Heli termurah dalam pasaran bagi RC Heli yang mempunyai 6 Channel bagi saiz 450. eSky Belt-CP adalah satu-satunya yang menawarkan RC Heli yang dipanggil RTF iaitu Ready to Fly. Terlalu banyak istilah-istilah dan jargon-jargon baru yang aku pelajari.
Tempoh hari ada World Hot Belloon di Putrajaya. Aku pergi bersama dengan Cik Bedah dan anak sedaraku Anoi. Waktu itu matahari memang betul-betul atas kepala. Memang sangat panas. Ketika melangkah masuk di tapak pesta, Cik Bedah menunjuk kepadaku salah satu aturcara petang itu Demo RC Heli. Fuh... macam best jer. Tapi ikut aturcara awal, Demo tersebut berlansung petang sekitar pukul 5. Kami terlintas dihadapan booth RC dan bersusun RC Heli disitu sebagai pameran. Majority dari keluaran Align T-Rex dari saiz 450 sehingga saiz 600. Aku menganggarkan harga keseluruhan tidak kurang RM 10,000. Ada yang berkuasa bateri ada juga yang berkuasa nitro.
Tidak lama kemudian aku tengok mereka sudah ambil masing-masing punya RC Heli dan menuju kearah kawasan lapang. Aku dah 'rombonganku' terus bergegas mengekor mereka. Kami sempat menglihat 3 atau 4 heli yang diterbangkan. Sehingga Anoi pula buat hal. "Lu bikin wa panas je" Aku dah panas-panas disitu, dia buat perangai lagi buat aku panas. Rasa macam nak lesing je anak along ni. Menyusahkan hidup betul. Menyesal bawak.
Sambil-sambil aku sedang terpegun menglihat Heli tersebut terbang tidak tentu arah (kerana mereka mengaktifkan mode 3D bagi tujuan acrobatic), aku perasan isteriku asyik menjeling Kamera DSLR yang melambak disana. Oh, rupanya Cik Bedah menggemari fotografi. Akupun dulu memang minat SLR hinggakan aku pernah menganggotai kelab fotografi. Tapi kerana harganya yang agak mahal, aku tidak meneruskan minat aku itu. Sempat juga aku belajar sedikit sebanyak cara teknik fotografi yang betul ketika itu.


Dengan hati yang hampa, panas dan rasa macam nak belasah orang. Akhirnya kami meninggalkan tempat kejadian. Aku punya menyentap. Rasa nak picit-picit je Anoi ketika itu. Setelah dipujuk-pujuk oleh isteriku sambil mengipas-ngipaskan ku (biasa lah kereta tiada aircond, sebab itu aku membara tu) akhirnya kami menghabiskan petang yang panas itu dengan berendam sungai. Baru sejuk sikit hati aku.
Aku terus memandu ke Ulu Yam kerana aku pasti sana tidak ramai orang dan aku tidak akan bengang dan panas hati lagi. Kali ini kami mencuba di Gate lain pula. Kami selalu ke Gate 1 kami kali ini kami terus ke Gate 2. Saja cuba berubah haluan pula cuba di tempat baru. Situasi disana tidak berapa ramai orang. Agak tenang. Parking pun mudah dapat petang itu. Setelah penat bercanda di gigi sungai akhirnya kamipun pulang ke pangkal jalan.
Aku seperti biasa sebelum membeli sesuatu benda, aku akan melakukan kerjarumah ku dahulu. Aku sambil selak-selak iklan, tinjau-tinjau di Kedai Hobi (atau lebih dikenali oleh penggemar hobi ini sebagai Local Hobby Shop), cari di forum, di lelong, di mudah.com.my tapi menghampakan. Harga RC Heli yang aku cari sekitar RM 650 sehingga RM800 untuk baru dan sekitar RM 450 hingga RM 550 untuk second hand. Hampa lagi...
Aku hinggakan putus harapan untuk memiliki sebuah RC Heli. Untuk pengetahuan, RC Heli yang aku cari adalah dari jenis Belt-CP keluaran TWF eSky buatan China. Belt-CP merupakan RC Heli termurah dalam pasaran bagi RC Heli yang mempunyai 6 Channel bagi saiz 450. eSky Belt-CP adalah satu-satunya yang menawarkan RC Heli yang dipanggil RTF iaitu Ready to Fly. Terlalu banyak istilah-istilah dan jargon-jargon baru yang aku pelajari.
Tempoh hari ada World Hot Belloon di Putrajaya. Aku pergi bersama dengan Cik Bedah dan anak sedaraku Anoi. Waktu itu matahari memang betul-betul atas kepala. Memang sangat panas. Ketika melangkah masuk di tapak pesta, Cik Bedah menunjuk kepadaku salah satu aturcara petang itu Demo RC Heli. Fuh... macam best jer. Tapi ikut aturcara awal, Demo tersebut berlansung petang sekitar pukul 5. Kami terlintas dihadapan booth RC dan bersusun RC Heli disitu sebagai pameran. Majority dari keluaran Align T-Rex dari saiz 450 sehingga saiz 600. Aku menganggarkan harga keseluruhan tidak kurang RM 10,000. Ada yang berkuasa bateri ada juga yang berkuasa nitro.
Tidak lama kemudian aku tengok mereka sudah ambil masing-masing punya RC Heli dan menuju kearah kawasan lapang. Aku dah 'rombonganku' terus bergegas mengekor mereka. Kami sempat menglihat 3 atau 4 heli yang diterbangkan. Sehingga Anoi pula buat hal. "Lu bikin wa panas je" Aku dah panas-panas disitu, dia buat perangai lagi buat aku panas. Rasa macam nak lesing je anak along ni. Menyusahkan hidup betul. Menyesal bawak.Sambil-sambil aku sedang terpegun menglihat Heli tersebut terbang tidak tentu arah (kerana mereka mengaktifkan mode 3D bagi tujuan acrobatic), aku perasan isteriku asyik menjeling Kamera DSLR yang melambak disana. Oh, rupanya Cik Bedah menggemari fotografi. Akupun dulu memang minat SLR hinggakan aku pernah menganggotai kelab fotografi. Tapi kerana harganya yang agak mahal, aku tidak meneruskan minat aku itu. Sempat juga aku belajar sedikit sebanyak cara teknik fotografi yang betul ketika itu.


Dengan hati yang hampa, panas dan rasa macam nak belasah orang. Akhirnya kami meninggalkan tempat kejadian. Aku punya menyentap. Rasa nak picit-picit je Anoi ketika itu. Setelah dipujuk-pujuk oleh isteriku sambil mengipas-ngipaskan ku (biasa lah kereta tiada aircond, sebab itu aku membara tu) akhirnya kami menghabiskan petang yang panas itu dengan berendam sungai. Baru sejuk sikit hati aku.Aku terus memandu ke Ulu Yam kerana aku pasti sana tidak ramai orang dan aku tidak akan bengang dan panas hati lagi. Kali ini kami mencuba di Gate lain pula. Kami selalu ke Gate 1 kami kali ini kami terus ke Gate 2. Saja cuba berubah haluan pula cuba di tempat baru. Situasi disana tidak berapa ramai orang. Agak tenang. Parking pun mudah dapat petang itu. Setelah penat bercanda di gigi sungai akhirnya kamipun pulang ke pangkal jalan.
0 ulasan:
Catat Ulasan