Zaman jahiliah dulu, antara hobi masa lapang aku ketika itu adalah sukan bermotor lebih spesifik lagi ubahsuai untuk perlumbaan. Kalau cerita tentang perlumbaan, sudah tentu yang haram. Kos perlumbaan di litar lumba amat tinggi kosnya.
Aku ingat lagi, ketika itu aku kerja di Naza KIA Services. Hampir separuh gaji bulanan ku habis demi untuk kepuasan pemanduan laju secara melulu. Masa bujang ku dulu, aku memang gila berlumba. Setiap ceruk jalan aku dah meninggalkan kesan tayarku. Dari KL sampailah ke Negeri Sembilan ramai yang sudah kenal kereta aku. Bukan kerana aku pernah memotong secara merbahaya, tapi kerana aku pernah buat 'skill donat' berhampiran mereka.
"Adik-adik rempit, dok tepi sket ek... abang besar nak lalu. Abang besar bawak kereta laju... Tak payah lah tunjuk hero time tu, silap besar... abg besar terus serbu". Ketika itu juga ramai yang jadi member aku, ramai juga yang jadi lawan. Macam dalam cerita KL Drift tu, 'budak kereta' dengan 'budak rempit' mana ngam. Masing-masing nak tunjuk besar kepala. Siapa hebat, siapa juara. Tapi adik-adik rempit tak payah la nak tunjuk helo, abang bawak kereta... kulit berbalut besi, adik-adik naik motor... kulit adik membalut besi. Itu pun tak sedar diri?
Kalau budak-budak KL, highway memang dorang pegang. Kancil Mira L2S,Honda VTEC, Wira Mivec Turbo lu memang hero. Aku dengan kaum aku kitorang tak berapa layan highway. Mana trill henjut jalan lurus. Kereta kuat boleh la bangga main di highway.
Kami ada agenda sendiri. Jalan berbukit yang banyak selekoh tajam pilihan kami. Kalau eksiden xpayah menyusahkan orang. Terus terjun gaung duduk diam-diam. Dari highway Puncak Alam aku buat kaum, Bukit Ampang memang aku dah biasa harung. Dah boring bukit ampang, layan pula bukit berhampiran Dem Semenyih. Henjut pulak di Bukit Pelanduk. Genting sempah dah biasa buat sepah. Layan pula Bukit Genting dan Bukit Tinggi. Last sekali henjut Bukit Putus, nasib la kereta tak terputus.
Helo adik-adik rempit, kalau nak berkepit sila ketepi sikit. Gang abang ramai, sekali abang lalu penuh jalan berdebu. Lu angkat motor cabuk lu, letak tepi kutip debu. Kasi abang lalu dulu. Bebudak rempit ramai yang tidak puas hati dengan aku ketika itu. Tak dapat aku, kereta diorang baling batu. Bodoh betul adik-adik ni. Aku pun main motor macam korang dulu.
Ketika itu, aku berbinikan kereta Mitsubishi Lancer keluaran 80an. Kepada yang tahu, Lancer boleh dikategorikan sebagai Lagend bagi keluaran kilang Mitsubishi. Sebelum wujudnya EVO, Lancer telah lama bertapak dulu dalam WRC (World Rally Championship). Dari standard aku modify tambah yang bukan-bukan. Tukar enjin, tukar tayar lebar, tambah spoiler, ubahsuai carburetor, ubah itu, usik ini. Sampai tengah bulan "Mak, nak duit. Baget dah abis repair kereta". Bukan modify... Repair... Asalan bodoh aku ketika itu, kereta laju best, baru ramai member rapat, baru awek boleh lekat.
Ketika itu, kalau aku modify enjin memang tak nak kalah. Enjin standard 8 Valve tak cukup. Menggatal nak pakai yang 16 Valve. Engin SOHC tak cukup. DOHC baru sedap aku nak menyantak kuasa. Fikirku "Minyak kuat adat lah, kata nak kereta laju. Minyak pun mesti laju". Tapi apakan daya, nampaknya jodoh aku tak panjang dengannya. Timing Belt putus, 16 Valvenya bengkok. Main bearing pun dah rosak. Piston ring pon dah calar. Aku tanya abang angkat aku, katanya anggaran kos untuk baik pulihnya paling kurangpun RM 2500.
Setelah fikir masak-masak, aku ambil keputusan cari kereta lain. Alasanku kereta ini pernah mengalami kemalangan dulu, sebenarnya amat bahaya untuk aku terus-terus menghenjut dia. Aku pun mula menyelak-nyelak kalau-kalau ada jumpa jodoh baru. Akhirnya aku terpandang sebuah Lancer yang sekarang duduknya di Subang Jaya. Aku terus risik-risik pada tuan empunya. Setelah RM 3500 berpindah tangan, akupun terus membawanya pulang dan bermula satu lagi episod KL Drift. Kali ini rezeki perpihak kepadaku. Tidak perlu untuk aku modify. Dia sudah dibekalkan dengan nadi baru. Tapi kepuasan memandunya tetap tidak sama seperti janda lama aku dulu.
Janda lama aku itu aku serahkan kepada anak sedara ku. Dia telah menyambung kerja tertangguh aku dulu. Dia sudah mendapatkan enjin dari jenis yang sama aku pakai tempoh hari. Tapi biasalah, tangan lain, perginya pun lain juga. Dulu ketika kerja tanganku, habis lentok meter aku kerjakan, Pada tangan Hafeez (nama pemilik janda aku itu) pun kami sudah 2 atau 3 kali berentap. Putrajaya, Bangi, Kajang sudah menjadi litar kami. Kami juga pernah digelar Double Trouble.
Setelah hampir 2 tahun aku henjut bini aku itu, akhirnya dia mengalah dia sudah tidak mampu menahan desakan aku. Dia sudah cukup tua dan penat untuk diperilaku seperti itu. Dengan penuh depar aku hantar untuk pemeriksaan pada yang pakar. "Tulangnya sudah tidak mampu menampung bebanan. Kalau engkau terus-terus mendesak dia begini, boleh terbelah dua bini ngko ini. Dia sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Relakan lah dia pergi. Cari saja yang baru...." Begitulah kata-kata Abang Din, abang angkat aku di Sungai Ramal.
Kini aku telah mempunyai isteri. Sampai bila lagi aku hendak teruskan permainan aku ini. Setelah fikir masak-masak, aku rasa aku perlu bersara dari arena perlumbaan jalanan ini. Buatnya kalau hendak dijadikan cerita, ketika aku sedang berentap dengan pemandu lain tiba-tiba kereta yang aku pandu terbabas... Tak pasal-pasal pula isteriku menjadi janda, anak-anak ku(kalau ada rezeki) menjadi anak yatim. Lebih baik aku beli kereta Drift RC, lebih selamat. Tidak mengorbankan nyawa walaupun berlaku kemalangan buruk. Cuma korbankan duit poket pemandunya sahaja. Kini telah sampai masanya untuk aku mencari hobi baru yang lebih selamat untuk aku dan keluarga ku.
Nota Kaki :

- Setiap yang aku cerita diatas sebenarnya kisah bebeno. Betapa sedihnya ketika aku nak menyerahkan bini kedua tu dekat Hafiz (untung sapa jadi anak sedara aku, 2 biji lancer dia dapat free-free aje)
- Bini sebenarnya panggilan aku kepada barang-barang hobi kesayangan aku. Isteri pula adalah orang yang aku nikahi secara sah.
- Bagi mereka yang tidak reti menilai kereta-kereta lama, mereka akan merasakan begitu membazir dan tiada apa-apa faedah. Tapi kepada mereka yang menyintai dan meletakkan nilai terhadap kereta-kereta lama, dia akan merasakan betapa tingginya nilai dan cuba menjaganya sepenuh jiwa. (Macam jaga isteri)
0 ulasan:
Catat Ulasan