29 Mei 2009

[Hobi] - Pencarian hobi

Hobi... Mudah sebenarnya untuk menyebut perkataan tersebut. Tetapi tidak semudah itu untuk aku mencari hobi baru. Hobi padaku merupakan sesuatu perlakuan atau aktiviti yang dilakukan dengan minat oleh individu samada dalam keadaan sedar atau diluar sedar untuk memenuhi masa kelapangannya ketika itu. Aku cuba untuk mengalihkan perhatianku dan cuba tinjau-tinjau apakah hobi yang aku minati.

D
alam pada aku sibuk mencari hobi yang boleh aku lakukan, ada juga kawan-kawan yang mengatakan dia tidak mempunyai sebarang hobi atau minat. Ada juga yang mengatakan yang dia boleh hidup tanpa hobi. Dan ada juga yang berpendapat aku hanya membesar-besarkan perkara yang amat remeh dan perkara tersebut boleh diabaikan.

Mungkin betul apa yang mereka katakan itu, tapi padaku aku perlu mencari sesuatu hobi baru untuk mengalihkan perhatian ku daripada hobi lamaku itu. Samada mahu terima atau tidak pendapat aku ini, samada kita sedar ataupun tidak setiap manusia pasti mempunyai hobi mereka yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak bersetuju, tapi sebenarnya sesuatu perkara yang kita lakukan berulang kali setiap kali kita mempunyai kelapangan itu boleh dikira sebagai hobi.

Ada yang mempunyai hobi mengumpul seperti stem, botol minyak wangi, duit lama dan ada juga yang suka mengumpul sesuatu yang unik seperti botol dan tin minuman, papan tanda jalan dan sampah. Ada yang gemar melukis, mengambil gambar sesuatu pemandangan. Ada yang gemar melancung, ada juga yang gemar berjalan. Bagi suri-suri rumah sepenuh masa, ada yang gemar bertandang kerumah jiran-jiran sambil membawa cerita gosip sekitar. Ada juga yang gemar melepak di kedai mamak atau kedai kopi berbual-bual bersama rakan-rakan. Ada yang suka berchatting, ada juga yang suka berforum atau blog atau fotopages. Dan yang paling teruk ada yang hobinya mengumpul awek seramai yang boleh diseluruh negara.

Walaupun mereka mengatakan mereka tidak mempunyai sebarang hobi tetapi hakikatnya setiap manusia pasti mempunyai sesuatu aktiviti yang gemar dan selalu dilakukan. Bagi sesetengah orang, mereka gemar untuk melakukan satu hobi yang tidak memerlukan sebarang modal dan boleh dilakukan dimana sahaja tanpa kira masa iaitu tidur.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
footer