Untuk tidak menghampakan pembaca, aku pon cuba meneruskan siri ini. Sebenarnya trip aku ini sudah hampir 2 bulan lepas. Dah basi kata orang, tapi aku tetap nak sambung cerita aku sebelum aku meneruskan lagi cerita aku ke destinasi lain pula. Sebenarnya Bahagian 5 adalah hari terakhir kami disana. Tapi pada hari terakhir tersebut, terjadinya 3 agenda yang berbeza. Jadi aku pada awalnya ingin memecahkan cerita kepada 3 bahagian. Tapi disebabkan cerita sudah lama sangat tertangguh, aku fikir baik aku cerita dari mula sampai akhir disini.
Seperti yang aku ceritakan dalam siri lepas, pagi tu hujan. Tidak banyak aktiviti aku boleh lakukan bersama isteriku. Kami sempat pusing disekitar balok sambil mencari sarapan pagi. Pada awalnya aku merancang untuk mandi laut di belakang chelet kami sahaja. Tapi disebabkan tengok keadaan cuaca dan masa yang tidak mengizinkan, aku dan isteriku cuma main air sahaja disana selepas kami sarapan dipantai tersebut.Perjalanan kami ke Kuantan sebenarnya terikat dengan masa dan kos yang terhad. Tujuan utama aku kesini sebenarnya sambil bercuti dengan isteriku sambil singgah membeli emblem kereta yang dipesan oleh sahabat sekerja ku. Aku secara terdesak telah bersetuju mencarikan emblem yang dipesan oleh bapanya. Aku memang sudah biasa mencari barang niagaku disini. Tapi sebelum ini, aku datang seorang. Pergerakkan ku tiada had masa dan tiada agenda lain. Kali ini aku datang dengan isteriku. Aku membawanya bercuti. Jadi peruntukan masa kami amat terhad untuk menyelesaikan 2 kerja dalam 1 masa.
Seperti aku yang aku kata tadi, hari terakhir ini aku ada 3 agenda. Yang pertama, untuk check out dari chelet kami dan bawa isteriku berjalan-jalan disekitar tempat menarik di Kuantan. Kedua aku perlu mencari emblem yang agak rare juga. Dan yang ketiga, perjalanan balik yang mengambil masa beberapa jam dari kuantan. Awalnya aku mengatur aktiviti seperti aku tulis dibawah, tapi disebabkan hujan pada belah paginya, dan disebabkan masa kami yang amat terhad dan terbatas, aku terpaksa mengubal semula supaya kesemua atau sebahagian besar aktiviti tersebut kami dapat lakukan.
8.00 AM - Sarapan
10.00 AM - Mandi laut di Pantai Balok
12.00 PM - Check-Out (12PM)
1PM - 3PM - Pergi jumpe suplier accessory aku
3PM - 6PM - Merayau sekitar Bandar Kuantan, Pantai² dan kalau² nak mandi di TC
Disebabkan jadual perjalanan kami telah bertukar, kami cuma bersarapan pagi di chelet, berjalan² sambil main air di pantai balok (di belakang chelet kami) dan setelah bersiap-siap, kami terus sahaja check-out dari chelet. Sedikit hampa disini kerana aku rasa kami amat terkejar-kejar pagi itu. Setelah kami check-out, kami memulakan perjalanan meninggalkan kawasan pantai balok dan terus ke Bandar Kuantan. Sesampainya kami di Simpang Semambu, aku mengambil keputusan untuk membawa isteri ku berjalan-jalan dahulu sebelum kami pergi mencari benda yang dipesan. Dalam keadaan yang terkejar² kami sempat menyinggah dikebanyakan destinasi yang aku rancangkan. Ada yang kami cuma menginggah kira-kira 30 minit, ada juga yang kami menyinggah sekitar 1 jam. Antara tempat-tempat yang sempat aku singgah adalah seperti Taman Gelora, Pantai Sepat dan erk... ??? (aku pon dah lupe apa nama tempat nie)





Selesai kami merayau cari pantai, aku patah balik ke bandar Kuantan untuk mencari emblem yang dipesan oleh Fazli. Tapi cerita pesan memesan ini amat membengangkan dan membangangkan aku. Asalnya Fazli kata bapanya pesan suruh beli emblem Tom's, so aku pun puas pusing semua stor pengedar aku tersebut. Pengedar aku tu mempunyai 4 stor sekitar bandar kuantan. Dari satu stor ke satu stor aku keluar dan masuk. Sambil aku mencari barang yang dipesan, aku turun bertanya kepada kawan aku seorang lagi. Diapun boleh dikatakan pemain kereta yang tegar. Biasa la, orang baru nak kenal kereta. Dia selalu juga bertanya kalau aku ke Kuantan, dia mahu memesan barang.
Ketika aku cuba hubunginya, dia macam marah dan tension pula. Katanya dia baru lepas beli Turbo Timer dari salah satu kedai potong berhampiran rumahnya, tetapi turbo timer yang dia baru beli itu mempunyai masalah. Selang beberapa lama dia hubungi aku semula minta pula aku mencarikan turbo timer yang lain. Yang lebih canggih, yang lebih besar dan digital. Banyak pula songeh nya. Kalau terus bank-in pada aku, satu hal juga. Ini pesan guna air liur saja. Aku pula ketika itu baru sahaja memandu keluar dari situ. Boleh pula disuruhnya aku pusing untuk dapatkan turbo timer yang dihajati. Suka hati aku lah nak belikan ke tidak. Aku yang memandu, suka hati aku nak patah balik ke tidak. Aku telefon pula pada Fazli, dia kata emblem yang dia mahukan itu bersaiz besar. Dengan tulisan TOM's yang berwarna. Nie lagi seko, banyak pula krateria. Nak senang cuba cari sendiri lah... Adeh... Menyusahkan sungguh...
Aku bincang dengan isteri aku, dia berpendapat kita belikan sahaja untuk Fazli, kerana katanya Fazli lebih nampak seperti serius buyer. Memandangkan disana cuma ada 2 pilihan sahaja, tanpa berfikir panjang aku terus memesan kedua-duanya sekali. Kerana padaku emblem TOM's boleh ditempel pada TOYOTA bapa mertuaku. Dengan bermodalkan yang tidak sampai RM 50 dalam tangan, aku terus membeli emblem toms dan beberapa accessory lain.
{ cerita selanjutnya pasal emblem dan lain-lain accessory sila baca di bahagian nota kaki }
Setelah selesai kami membeli-belah di Pengedar itu, aku terus memandu laju ke Teluk Cempedak. Setelah beberapa jam menahan panas berpusing-pusing mencari barang yang diminta oleh kawan-kawanku itu, kini tiba masa untuk aku dan isteri aku pula untuk berseronok-seronok sambil bercanda di pasiran pantai. Setibanya kami di Teluk Cempedak atau lebih dikenali dengan panggilan TC, aku dan CikBedah terus mengemas pakaian kami dan terus ke arah pantai yang kami hendak tuju.
Untuk lebih mudah memahami keadaan di Teluk Cempedak, pantai disana terbahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian berhampiran dengan kawasan utama yang mana disekitar itu terdapat sebuah Hotel, KFC (yang kami makan malam semalam), deretan kedai-kedai. Satu bahagian lagi terletak disebalik bukit. Untuk kesana perlu melintasi kawasan hutan kecil. Pihak berwajib telah menyediakan jalan titi yang melintasi kawasan berbatu. Sangat cantik pemandangan dari atas kawasan titi tersebut. Perjalanan ketempat itu mengambil masa kira-kira 5 - 15 minit mengikut cara berjalan. Tapi kami mengambil masa sekitar 30 minit kerana kami sebuk bergambar disana.
Tetapi malangnya pemandangan yang cantik itu dicemari oleh belangkas-belangkas yang bersepah-sepah dan berselerakkan disana. "Elo gang, aku dulu pon berkapel gaks... Tapi xde la berkepit memanjang sana sini. Pelik tol aku dengan bangsa aku ni. Cuba la korang bukak mata sket, tengok keliling. Mane ade bangsa asing dok menyemak ramai-ramai berkepit berdua-duaan kehulu-kelihir? Pakai tudung, pakai baju kurung, tapi berkepit... ape kes? baik xyah pakai baju kurung. Buat malu bangsa je"
Hurm... Sambung cerita... kami akhirnya sampai ke tempat yang kami rasa menarik untuk kami mandi. Tapi hari ini sebenarnya kurang selamat nak mandi. Bendera merah sedang dikibarkan. Ombak disini agak tinggi juga nampak nya. Tapi demi melepaskan gian mandi laut, kami terjun juga. Cuma aku berpesan dengan CikBedah "Laut disini dah ramai makan mangsa. Jangan pula kita jadi sajian utama malam ini. Popular pulaks nanti kita masuk dalam Paper besok". Walaupun ombak agak ganas memukul pantai, walaupun arus yang agak-agak deras ketika itu, kami dengan selamba badak nya meneruskan perjuangan untuk mandi sampai puas.
Ketika aku cuba hubunginya, dia macam marah dan tension pula. Katanya dia baru lepas beli Turbo Timer dari salah satu kedai potong berhampiran rumahnya, tetapi turbo timer yang dia baru beli itu mempunyai masalah. Selang beberapa lama dia hubungi aku semula minta pula aku mencarikan turbo timer yang lain. Yang lebih canggih, yang lebih besar dan digital. Banyak pula songeh nya. Kalau terus bank-in pada aku, satu hal juga. Ini pesan guna air liur saja. Aku pula ketika itu baru sahaja memandu keluar dari situ. Boleh pula disuruhnya aku pusing untuk dapatkan turbo timer yang dihajati. Suka hati aku lah nak belikan ke tidak. Aku yang memandu, suka hati aku nak patah balik ke tidak. Aku telefon pula pada Fazli, dia kata emblem yang dia mahukan itu bersaiz besar. Dengan tulisan TOM's yang berwarna. Nie lagi seko, banyak pula krateria. Nak senang cuba cari sendiri lah... Adeh... Menyusahkan sungguh...
Aku bincang dengan isteri aku, dia berpendapat kita belikan sahaja untuk Fazli, kerana katanya Fazli lebih nampak seperti serius buyer. Memandangkan disana cuma ada 2 pilihan sahaja, tanpa berfikir panjang aku terus memesan kedua-duanya sekali. Kerana padaku emblem TOM's boleh ditempel pada TOYOTA bapa mertuaku. Dengan bermodalkan yang tidak sampai RM 50 dalam tangan, aku terus membeli emblem toms dan beberapa accessory lain.
{ cerita selanjutnya pasal emblem dan lain-lain accessory sila baca di bahagian nota kaki }
Setelah selesai kami membeli-belah di Pengedar itu, aku terus memandu laju ke Teluk Cempedak. Setelah beberapa jam menahan panas berpusing-pusing mencari barang yang diminta oleh kawan-kawanku itu, kini tiba masa untuk aku dan isteri aku pula untuk berseronok-seronok sambil bercanda di pasiran pantai. Setibanya kami di Teluk Cempedak atau lebih dikenali dengan panggilan TC, aku dan CikBedah terus mengemas pakaian kami dan terus ke arah pantai yang kami hendak tuju.Untuk lebih mudah memahami keadaan di Teluk Cempedak, pantai disana terbahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian berhampiran dengan kawasan utama yang mana disekitar itu terdapat sebuah Hotel, KFC (yang kami makan malam semalam), deretan kedai-kedai. Satu bahagian lagi terletak disebalik bukit. Untuk kesana perlu melintasi kawasan hutan kecil. Pihak berwajib telah menyediakan jalan titi yang melintasi kawasan berbatu. Sangat cantik pemandangan dari atas kawasan titi tersebut. Perjalanan ketempat itu mengambil masa kira-kira 5 - 15 minit mengikut cara berjalan. Tapi kami mengambil masa sekitar 30 minit kerana kami sebuk bergambar disana.
Tetapi malangnya pemandangan yang cantik itu dicemari oleh belangkas-belangkas yang bersepah-sepah dan berselerakkan disana. "Elo gang, aku dulu pon berkapel gaks... Tapi xde la berkepit memanjang sana sini. Pelik tol aku dengan bangsa aku ni. Cuba la korang bukak mata sket, tengok keliling. Mane ade bangsa asing dok menyemak ramai-ramai berkepit berdua-duaan kehulu-kelihir? Pakai tudung, pakai baju kurung, tapi berkepit... ape kes? baik xyah pakai baju kurung. Buat malu bangsa je"
Hurm... Sambung cerita... kami akhirnya sampai ke tempat yang kami rasa menarik untuk kami mandi. Tapi hari ini sebenarnya kurang selamat nak mandi. Bendera merah sedang dikibarkan. Ombak disini agak tinggi juga nampak nya. Tapi demi melepaskan gian mandi laut, kami terjun juga. Cuma aku berpesan dengan CikBedah "Laut disini dah ramai makan mangsa. Jangan pula kita jadi sajian utama malam ini. Popular pulaks nanti kita masuk dalam Paper besok". Walaupun ombak agak ganas memukul pantai, walaupun arus yang agak-agak deras ketika itu, kami dengan selamba badak nya meneruskan perjuangan untuk mandi sampai puas.



1 ulasan:
alo geng... bile masa lak ckp psl sajian utama malam tu?? sesuke je... erkkk lgpon bukan sajian utama malam ini ye encik... sobab ehh kite mndi petang...silap ayt d situ..jgn ulangi kesilapan selalu...
ahahahahahha
owhh pjg btol karangan adik arini..tahniah..
ni kire da habis ke ni... mcm tergantung je..xde pon cite kol brp balik....
Catat Ulasan