Kuantan pada ku, boleh digambarkan seperti gabungan PD dan KL. PD memang terkenal sebagai tempat percutian yang mempunyai tempat-tempat yang menarik dan pantai yang cantik, manakala KL pula lebih terkenal sebagai pusat bandar yang serba-serbi lengkap dan maju. Aku pula menggambarkan Kuantan sebagai satu pusat bandar bagi negeri-negeri pantai timur yang memiliki tempat-tempat menarik untuk dilawati disamping pemandangan pantai-pantai yang sangat indah dan mendamaikan.
Sebenarnya banyak juga tempat yang mencuri tumpuan kami. Diantaranya seperti Berjaya MegaMall, Masjid Negeri, Taman Kerang (panggilan orang tempatan) dan juga Sungai Kita (merujuk kepada tebing sungai yang menjadi tumpuan kaki² pancing sekitar Kuantan.Mengikut pengalaman ketika aku belajar di IKIP tempoh hari, disekitar bandar Kuantan ini terdapat lebih daripada 5 pusat membeli belah. Diantaranya Berjaya Mega Mall, Komplek Teruntum, Terminal Makmur, Kuantan Parade dan lain-lain.
Kami tiada begitu banyak masa untuk meneroka setiap pelusuk bandar Kuantan malam itu. Aku hanya sempat menyinggah beberapa tempat menarik saja ketika itu. Kami dalam perjalanan pulang ke KL malam itu. Keesokannya CikBedah kerja dan jam ketika itu menunjukkan sekitar 8 malam. Perjalanan pulang ke KL sekurang-kurangnya mengambil masa sekitar 3 - 4jam.
Disebabkan kesuntukan masa kami hanya sempat menyinggah beberapa tempat sahaja untuk mengabadikan gambar. Pemandangan di kuantan ketika itu amat cantik dan cerah sebenarnya. Memang sesuai untuk bergambar sambil bersantai. Gambar Masjid Negeri ini. aku ambil dari arah Dataran Kuantan. Padaku masjid yang tersergam indah ini amat cantik pada waktu malamnya dengan cahaya lampu yang berwarna-warni.Setelah selesai kami bergambar disekitar Dataran Kuantan (Taman Kerang), kami terus menghala ke "Sungai Kita" (Org kuantan memanggil dengan panggilan sungai kita disebabkan terdapat satu papan tanda "cintailah sungai kita", heheheh).
Disana terdapat beberapa orang yang sedah khusyuk memancing disana. Kami sempat juga bergambar barang seround dua. Sambil bergambar, sempat juga kami meninjau hasil tangkapan mereka. Ada yang masih tangan kosong, ada yang sudah membuahkan hasil. CikBedah sekali lagi kata kepadaku, "hahahah, rugi la abg x bawak datang joran". Aku sememangnya salah seorang kaki pancing juga dulu. Tapi ini, joran sudah disimpan didalam stor.
Disana terdapat beberapa orang yang sedah khusyuk memancing disana. Kami sempat juga bergambar barang seround dua. Sambil bergambar, sempat juga kami meninjau hasil tangkapan mereka. Ada yang masih tangan kosong, ada yang sudah membuahkan hasil. CikBedah sekali lagi kata kepadaku, "hahahah, rugi la abg x bawak datang joran". Aku sememangnya salah seorang kaki pancing juga dulu. Tapi ini, joran sudah disimpan didalam stor.
Setelah penat kami melancung sambil melencung, akhirnya kami mengatur langkah untuk pulang. Sesungguhnya satu percutian yang tidak dijangka seperti ini rupa-rupanya tidak merugikan. Aku amat puas kerana dapat pergi bercuti walaupun rasanya tidak puas. Terima Kasihlah kepada Shida, Ewan dan Razi kerana membatalkan plan kitorang untuk pergi berkelah ke Ulu Yam. Sekurang-kurangnya kami tidaklah duduk termenung di rumah sahaja cuti kali ini.Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Malaysia yang masih aku dan CikBedah belum terokai. Dalam perjalanan pulang aku dan CikBedah pun merancang-rancang tempat seterusnya untuk dilawati nanti.
- TAMAT -
Jalan² Cari Pasal - Kuantan Trip
Nota Kaki :
- Aku mintak maaf la banyak-banyak kepada pembaca kalau terlalu lama menunggu cerita nie. Aku lambat update Blog aku.
- Aku mintak maaf banyak-banyak pada orang Kuantan kalau aku ade bagi info salah tentang tempat korang nie. Panggilan, sebutan atau nama tempatan yang aku gunakan.
- Terima kasih jugak la dekat Ezwan yang sengaja membatalkan plan aku dan CikBedah untuk pergi berkelah di Ulu Yam. Aku tau susah untuk ko nak masuk pala dengan orang yang dah kawen mcm kitorg nie.
- Terima Kasih jugak la dekat Shida yang sungguh bijak mencari alasan untuk membatalkan di masa-masa terakhir. Seminggu jugak la kitorg makan Ayam Bakar kat rumah berdua.
- Aku bengang gile dekat member-member yang tau nak mengirim guna air liur jer, last-last xjd nak ambik walaupun barang tu aku dah beli. Nasib baik aku x beli Turbo Timer skali. Kalau x, sesia aku rugi seratus lebih. Pengajaran dari cerita nie, kalau korang nak , g la carik sendiri. Aku dah xnak tolong lagi dah. Menyusahkan aku dan merugikan aku.

1 ulasan:
tahniah la sy ucapkan kepada abg nakkal kerana telah menamatkan riwayat kesan degil cerita ini..
coming up next..... trip to cameron highland...i think..
Catat Ulasan