Setelah sekian lama aku tidak menulis, malam nie tergerak hati aku untuk mula menulis semula. Kali ini aku merancang untuk membuat lawatan ke Pulau Pinang. Perancangan yang aku telah merancang lebih dari sebulan lepas. Pada asalnya dengan tujuan untuk berbulan madu dengan isteriku CikBedah. Tapi setelah diolah, ditambah, digabung dan disesuaikan semula akhirnya kami boleh dikatakan pergi dalam family trip dengan Gang 10, ada juga yang menggelar kami GangSLR dan perbagai lagi lah.
Memandangkan perjalanan dan pergerakkan kami terikat dengan pergerakan kumpulan satu lagi, kami terpaksa meneliti semula jadual perjalanan dan sesuaikan semula untuk keselesaan kami. Jadi kami mengambil keputusan untuk bergerak awal. Ini kerana CikBedah memang amat maklum bahawa aku sememangnya gemar berjalan malam. Selain dari aku amat cerewet dengan masa. Adakalanya orang memang tidak faham mengapa aku amat mementingkan masa ketika bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Kami telah mengambil keputusan untuk mulakan perjalanan kami sekitar pukul 3 pagi hari sabtu (15hb Ogos 2009) dan kami menjangka kami akan tiba di sekitar Seberang Jaya sekitar pukul 8.00 pagi. Kumpulan satu lagi dijangka akan bertolak dari Taman Melawati dengan menaiki MPV. Difahamkan, antara orang yang menaiki MPV tersebut adalah seperti dibawah
- Abg Alim (Pilot)
- Kak Azue (Navigator)
- Arin (Lead Navigator)
- Kak Watie (Asst. Lead. Navigator)
- Kak Mira (Asst. Tour Guide)
- Salleh (Tour Guide)
- Kak Ila (Reporter)
0 ulasan:
Catat Ulasan