Info : Jarak antara Kuala Lumpur ke Pulau pinang dianggarkan ~350 KM dengan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). Perjalanan dianggarkan memakan masa kira-kira 4 jam tanpa henti mengikut cara pemanduan.Kini tinggal beberapa jam sahaja sebelum kami mulakan perjalanan kami ke Pulau Pinang. Kami seperti biasa, sebelum memulakan sesuatu perancangan percutian kami akan meninjau dan mendapatkan info terlebih dahulu daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai serta dari sumber-sumber yang tidak boleh dipercayai.
Sedikit pengenalan mengenai perjalanan kami kali ini. Walaupun aku telah cerita serba sedikit dalam entry yang lepas. Tapi kali ini aku sengaja ingin berkongsi cerita ini lebih lanjut lagi. Aku terlebih dahulu meminta maaf kepada rakan-rakan yang terlibat dalam trip kali ini sekiranya cerita aku kali ini bercanggah dengan ape yang korang faham selama ini.
8hb Ogos yang lepas telah genap setahun aku mendirikan rumahtangga dengan Isteri Gedikku CikBedah. Lebih kurang dalam bulan Jun lepas aku telah merancang untuk pergi bercuti ala-ala Berbulan Madu asalnya dengan dia ketika bulan Aniversary kami. Jadi aku pun macam biasa bertanyakan kepadanya kemanakah destinasi kita kali ini. Dia beritahu kepada aku, dia teringin hendak ke Pulau Pinang. Memang sudah hampir setahun dia bercakap dia hendak sangat ke Pulau Pinang dan berjumpa kawan lamanya ketika dia Praktikal dahulu.
So aku pun fikir aku memang sudah lebih setahun tidak ke utara. Agak menarik juga untuk membuat perancangan ke Utara. Kali terakhir aku keutara penghujung tahun lepas ketika itu aku masih bekerja dengan Stramission Sdn. Bhd. Aku ketika itu mengajar Pembangunan Laman Web di MID Singkir Laut. Rupanya dalam masa sama, CikBedah pula telah mewar-warkan kepada rakan-rakan TKB (Team Ketupat Bawang) atau kini lebih dikenali dengan panggilan G10. Kak Azue pun merancang untuk ke Pulau Pinang rupanya.
Awalnya aku fikir cuma 2 couple jer. Aku, CikBedah, Kak Azue dan Abg Alim sahaja. Rupa-rupanya Kak Azue telah merancangnya dengan G10. Dengar-dengar macam kesemua ahli G10 ingin menyertai rombongan ini. Dah macam rombongan Cik Kiah pula jadi nyer. Cuma bezanya Cik Kiah naik bas sekolah, mereka naik SUV Abg Alim. Nampaknya habis madu tinggal serpah jer la nie. Tak jadi berbulan madu la gamak nyer ni... hu hu hu... Tapi fikir positif sahaja la. Aku fikir bagus juga sekiranya kami sertai trip G10. Sekurang-kurangnya tidak la bosan sangat walaupun tiada privasy.
0 ulasan:
Catat Ulasan