This is default featured slide 1 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat

This is default featured slide 2 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat

This is default featured slide 3 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat

This is default featured slide 4 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat

This is default featured slide 5 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat

17 September 2009

[Renungan] - Cakaplah selagi boleh...

"Eh betul ke? Dengar cite sipulan tu sebenarnya gitu-gitu... Eh betul ke mcm si anu tu kata tu? Dengar katanya dia tu cam gini cam gitu... Weh betul ke orang tu kata orang ni begitu begini..."
Assalamulaikum...

Boleh dikatakan kita tidak kira jantina dan umur pasti sering melakukan perkara seperti yang di komen diatas. Sedar atau tidak sebenarnya kita sedang menyampai atau disampaikan dengan pelbagai berita terkini dan hangat samada secara elektronik atau secara air liur. Aku selalu menggelar orang yang membawa cerita ini sebagai "Internet Bergerak". Mengalahkan Maxis Broadband yang aku guna selama ini. Sebegitu cepatnya sesuatu cerita itu dihebahkan serta tahap rebakkan cerita itu yang mengalahkan wabak virus SARS ataupun Influenza yang menular.

Menurut kepada hasil tinjauan aku sendiri. Ada kalanya kejadian yang kecil dan menglibatkan mungkin 2 atau 3 orang sahaja ketika kejadian boleh merebak dengan jayanya kurang daripada 3 saat dengan bantuan teknologi yang terkini iaitu SMS. Contohnya "Syg... Nyesal abg pilih tpt duduk depan... Skali dorg boleh pulak masuk sini gaks... Poyo betul..." dan selang beberapa saat sahaja mesej tersebut telahpun berada di telefon bimbit isterinya. Contoh lain, "Boy, orderkan aku air neslo ais ngan sirap ek" selang beberapa minit sampai air yang dipesan ke meja. Mungkin juga "Dia ni siapa? Tadi cite air, ni cite minyak tetibe cite robot pulak... Professor universiti mana dia nie?"

Tapi mengikut masa aku belajar dulu, sebenarnya bukan semua tindakan sampai menyampai ini ada buruknya. Kalau digunakan oleh orang yang betul untuk hebahkan cerita yang benar menggunakan fakta yang sebenar ia boleh dijadikan marketing yang berkesan. Ketika aku belajar mata pelajaran eDagang dulu, teknik ini disebut mouth-to-mouth marketing. Teknik ini biasa digunakan oleh peniaga untuk mengurangkan kos pengiklanan disamping teknik ini amat berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan mudah dan pantas. Hinggakan ada diantara peniaga kedai makan mempamer notis "Sedap beritahu kawan, tidak sedap beritahu kami"

Cuma keburukan sampai menyampai cerita ini biasanya boleh memburukkan lagi keadaan yang sudah sedia ada tegang sebagai contoh apabila berlakunya perselisihan faham dan ideologi. Mungkin sesuatu informasi yang baik apabila disampaikan menerusi mulut ke mulut mungkin penerima terakhir berita ini telah menerima cerita yang telah ditambah gula dan garam untuk sedapkan lagi cerita. Mungkin cerita itu dimulakan dengan "ngko tau, dia kata ngko begitu begini" dan ayat tersebut boleh menyebabkan perselisihan faham itu makin memuncak sehingga boleh menyebabkan pergaduhan atau masam mencuka.

Bagi aku, cara aku mudah saja. Aku kadang-kala malas nak ambil pusing sesuatu cerita sekiranya berita tersebut telah di sampai-menyampai. Kalau aku kurang puas hati, biasanya aku akan jumpe sendiri sumber cerita itu untuk mendapatkan berita sebenar. Kalau nak jadi orang tengah, biasanya aku akan dengar cerita kedua belah pihak dulu baru aku bantu untuk menyelesaikan masalah. Sekiranya tujuan untuk mendamai, bagi isu-isu sensetif yang boleh mengundang kemarahan, aku akan simpan saja dalam hati. Jangan sampaikan supaya tidak keruhkan keadaan. Bak kata pepatah, Jangan Simbah Minyak ke Api, Nanti Membakar Diri.

Walau bagaimana pun, lu ada telinga lu boleh dengar, lu ada mulut lu boleh cerita. Lu ada kawan lu jaga hati, lu ada otak... Lu Pikey La Sendiri...

Yang baik tu jadikan panduan, yang salah tu kelemahan aku sendiri... Sekian...

0 ulasan:

Catat Ulasan