26 April 2011

[J²CP] - Rancangan Percutian Terkezut

Setelah sekian lama aku tidak bercerita dalam blog aku ini. Nie kire aku nak try menghangitkan kembali rumah aku nie yang aku rasa sudah lama bersawang. Jadi dipendekkan ceritanya, CikBedah mendapat wahyu yang pada 18 April 2011 nanti dia perlu ke Kelantan untuk menjemput Imah balik dari IPT nya.
Info :


Trip kali ini agak mencabar sikit perjalanan. Untuk perjalanan pergi kami daripada Johol (Negeri Sembilan) terus ke Brincang (Cameron Highland) dan bermalam disana untuk 2 malam. Dan kami meneruskan perjalanan melalui Gua Musang (Kelantan) dan terus ke Kota Bharu (Kelantan) sebagai destinasi akhir kami. Jarak perjalanan pergi kali ini dari Johol ke Kota Bharu dianggarkan sekitar 637km


Untuk perjalanan balik pula, kami mengambil laluan sisir pantai. Dari Kota Bharu, kami singgah di Pengkalan Chepa, terus turun ke Kuala Terengganu, singgah sebentar di Paka, lalu turun melalui pahang dan terus ke Johol, Negeri Sembilan seperti terlakar dalam peta dibawah. Anggaran jarak perjalanan kami adalah sekitar 625km.
Jadi memandangkan kami nie sememangnya sudah hampir 2 tahun kami tidak pergi bercuti kemana-mana, tiba-tiba aku rasa nak membuat perancangan percutian terkezut nie. Jadi aku pon telah merancang perjalanan kami lebih kurang, membuat anggaran perbelanjaan lebih kurang, membuat survey kawasan-kawasan yang kitorg rasa menarik untuk kami lawati so aku pon membentangkan perancangan tersebut kepada CikBedah.

Setelah diamati, dirisik-risik dari teman-teman serta diusha-usha aku membuat keputusan untuk mengambil cuti dari Jumaat sehingga ke hari Selasa dan kami akan menghabiskan masa cuti tersebut 2 malam di Cameron Highland, 1 malam di Kota Bharu dan lagi 1 malam lagi tu dalam perjalanan pulang kami nanti. Totalnya 4 malam semuanya. Perghhh... Pastinya ia merupakan perjalanan yang amat memenatkan!!!

Trip kami kali ini sememangnya amat mencabar sekali. Kami hampir mengelilingi bahagian atas semenanjung dan melalui beberapa negeri di bahagian atas semenanjung malaysia. Diantara negeri yang kami lalui adalah seperti Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Matlamat utama perjalanan kami kali ini hanyalah ingin menjemput Imah (Adik Ipar) aku yang belajar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Tapi macam biasa lah, aku sememangnya tidak mengemari perjalanan yang kosong yang tiada sebab tertentu. Tambah pula perjalanan yang jauh seperti ini. Rugi kalau pergi kosong sahaja. Jadi aku telah menyasarkan perjalanan kami kali ini dengan membuat beberapa perhentian-perhentian terkejut. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan gambar-gambar
pemandangan yang menarik disamping melawati tempat-tempat yang belum kami lawati lagi di dalam malaysia.

Perjalanan ini dijangka mengambil masa lebih kurang 5 hari 4 malam. Dan dijangka jarak keseluruhan yang kami lalui adalah sekitar 1500km iaitu daripada Serdang Perdana, terus ke Johol, dan terus naik ke Cameron Highland melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), dan seterusnya naik ke Kota Bharu melalui Gua Musang dan kemudiannya turun melalui menggunakan laluan persisir pantai sebagai laluan pulang kami.

Nota Kaki : Dalam siri akan datang, aku akan ceritakan perjalanan kami dan insyallah aku akan sertakan sekali dengan gambar-gambar yang aku sempat ambik time perjalanan hari tu. Nantikan siri yang dijangka akan mula terbit dalam tempoh beberapa hari dari sekarang. Sekian...

1 ulasan:

cikbedahlaser berkata...

terkezut btol dgn perancangan ni.. bile nk smbung?

Catat Ulasan

 
footer