info : Aku mintak maaf banyak-banyak la kalau episod kali ini aku tak sempat nak upload ghambo. Cerita jer panjang lebar kali ini. Insyallah nnt aku letak ghambo kat episod seterusnya...
Kali ini aku nak berkongsi cerita dengan korang pasal Percutian Terkezut kami tempoh hari. Kalau mengikutkan perancangan asal, sepatutnya kami dijangka sampai di Kampung (Johol) sekitar jam 10 malam. Tetapi oleh kerana masalah teknikal yang masih belum dapat di sahkan lagi, kira-kira jam 10 malam kami baru memulakan perjalanan. Sudah la kami lewat keluar, kami terpaksa membuat beberapa penyinggahan di beberapa tempat oleh kerana urusan-urusan tertentu. Tujuan utamanya kami balik ke kampung terlebih duhulu malam itu sebenarnya disebabkan kami perlu bertukar kereta dengan abah dulu. Alhamdulillah, kami selamat sampai di kampung sekitar pukul 12 pagi. Perghhhh.... Sungguh nyaman suasana malam ketika itu. Kalau dapat tidur sambil di selubungi selimut ketika itu... Perghhhhh... Memang syukkkkk...
Disebabkan oleh perancangan kami telah tersasar masanya, aku mengambil keputusan untuk tidak tidur malam itu. Pada pengalaman aku yang lepas-lepas, sekiranya aku turut serta dalam acara melelapkan mata secara berjamaah malam itu, pastinya masa perjalanan kami tersasar lagi. Walaupun sebenarnya badan aku amat letih sekali, tapi disebabkan aku telah mengambil keputusan untuk bertolak awal pagi, sanggupku bersengkang mata demi untuk memastikan perjalanan kami mengikut seperti mana yang telah dirancang. Sesungguhnya amat mencabar untuk memastikan badanku boleh kekal segar walaupun tidak cukup tidur dan rehat ketika itu.
Pemanduan dengan keadaan letih dan tidak cukup tidur sebenarnya amat berbahaya sekali. Ia dikuatiri boleh menyebabkan berlakunya kecelakaan jalan raya dan juga boleh meragut nyawa. Sememangnya amat mencabar, aku telah push-to-maximum ketahanan dan tumpuanku. Kesimpulannya, kali ini aku tidak tidur lebih daripada 36 Jam dan aku dalam pemanduan pada jarak ratusan kilometer.
Kira-kira hampir Jam 5 Pagi, aku telah kejutkan CikBedah dan suruh dia bersiap. Perjalanan kami dijangka akan melalui kawasan kesesakan hari bekerja. Untuk mengelakkan dari bertembung dan terperangkap ditengah-tengah kesesakan itu, kami mengambil keputusan untuk melaluinya sebelum kesesakan itu berlaku. Sepanjang perjalanan pergi, boleh dikatakan CikBedah lebih banyak tertidur daripada terjaga. Hanya dengan bertemankan Radio, GPS dan juga angan-angan mat-jeninku, kami teruskan juga perjalanan tanpa memikirkan masa depan.
Aku sepanjang perjalanan, aku telah membuat beberapa pendaratan kecemasan untuk mendapatkan stok rokok, jajan dan juga air tin Tongkat Ali (eh, aku beli lagi ker?). Akhirnya baru aku sedari, rupanya sudah banyak gile aku beli air tin AliCafe nie. Bertongkat la kami sepanjang perjalanan... ahahhahah....
Nota Kaki : Nampaknyer kali nie aku tak sempat nak upload ghambo... tunggu di siaran akan datang ek...
0 ulasan:
Catat Ulasan