This is default featured slide 1 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat

This is default featured slide 2 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat

This is default featured slide 3 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat

This is default featured slide 4 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat

This is default featured slide 5 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat

03 September 2014

[ Auto ] - Gua bawak kete jepon! Ko yang bawak kete tempatan TOLONG TEPI SIKIT...

"Weh! Tolong buka jalan! Aku pandu kete Jepun, laju sikit dari kereta tempatan kau. Duduk lorong kanan... Sapa lembab aku angkat lampu. Kalau masih tak faham bahasa, aku bagi hon jer sekali! Kalau masih tak sedar diri nanti aku kasi cucuh rapat! Aku bawak kereta Import OK! Kereta aku mahal dari kereta kau..."
 "Wow... Agak-agak lah bro. Kau bawak kereta Honda City jer pon. Tak payah la berlagak sangat. Import dari Melaka jer pon..."

Diantara monolog biasa aku ketika memandu kereta SAGA dari keluaran syarikat tempatan. Ada kalanya aku disasak rapat oleh pemandu-pemandu kenderaan dari jenama Jepun. Ada yang memberi High Beam menyuruh aku membuka laluan untuk mereka memandu secara Melulu dan berbahaya. Kita sebagai pengguna produk tempatan, terpaksa mengalah kepada mereka yang merasakan kenderaan dari jenama import adalah terbaik.

Kebanyakan mereka membeli kenderaan dari jenama import dengan alasan jenama import lebih kualiti dan mempunyai teknologi yang terkini. Pada pandangan mereka jenama tempatan tidak sebaik kualiti jenama import kerana kualiti pemasangannya yang dikatakan rendah dan juga kualiti pembinaan kenderaan tersebut. Tetapi sedarkah mereka, kereta mereka itu juga sebenarnya dipasang di kilang tempatan oleh anak tempatan? Mereka membelinya dengan harga mahal semata-mata kerana jenama ? Sebelum kita bercerita lebih jauh, mari kita fahami dulu apakah yang dimaksudkan dengan CBU dan juga CKD. 

Completely Build-Up atau ringkasannya CBU merupakan kenderaan yang di import secara terus dari kilang pengeluarannya sebagai sebuah kereta siap terus ke Ruang Jualan di Malaysia. Kenderaan tersebut sememangnya telah siap sempurna dibina dan dipasang terus dihantar melalui Kapal Kargo ke Malaysia. Perjalanan nya mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum sampai ke Gudang Penyimpanan Kenderaan di Malaysia. Setelah segala proses dokumentasi selesai, kenderaan tersebut akan dihantar ke satu bahagian dipanggil PDI atau Post-Delivery Inspection. Kenderaan tersebut akan melalui beberapa proses seperti berikut :-
  1. Membuka segala 'bungkusan' serta balutannya semasa proses penghantaran (shipping).
  2. Memasang segala aksesori serta kelengkapan seperti yang di iklankan.
  3. Membuat pemeriksaan terakhir luar dan dalam untuk memastikan segalanya berfungsi.
  4. Membuat pengedaran kepada cawangan-cawangan.
  5. Dan akhir sekali barulah sampai ke tangan pengguna.
Unit Kenderaan CBU boleh dikatakan unit import sepenuhnya dari negara yang mengeluarkan kenderaan tersebut. Tapi harus di ingatkan, tidak semestinya kita membeli kereta dari jenama Jepun kereta tersebut dikeluarkan dan dipasang di Jepun. Sebagai contoh ada beberapa model Toyota di kilang di Thailand dan Indonesia. Ada beberapa model kenderaan dari jenama Volkswagen yang dikeluarkan di India.

CKD pula adalah singkatan dari Complete Knock-Down bermaksud kenderaan tersebut dipasang dan dikeluarkan di negara kita. Salah satu syarat untuk mengeluarkan kenderaan CKD, kenderaan tersebut perlu menggunakan 10% hingga 30% komponennya dari keluaran tempatan. Pemasangan tersebut dibuat di Kilang tempatan oleh pekerja tempatan bagi tujuan merendahkan lagi kos pengeluaran. Juga mendapat insentif kerajaan seperti mana yang terkandung dalam Dasar Automotif Nasional. Selain daripada itu, syarikat pengeluar kenderaan tersebut juga dapat mengurangkan kos cukai keatas kenderaan tersebut.

Kesimpulannya, sekiranya kenderaan tersebut adalah pemasangan tempatan, kualiti kerjanya juga sama sepertimana kenderaan dari jenama tempatan yang juga dipasang oleh orang tempatan. Yang membezakannya hanyalah Jenama dan sedikit perbezaan teknologi. Juga persepsi yang mengatakan kenderaan tersebut adalah berbeza. Hanya persepsi dan juga tanggapan pengguna.

0 ulasan:

Catat Ulasan